Pages

Wednesday, March 31, 2010

Apakah itu Hakcipta?



Undang-undang Hakcipta adalah merupakan satu undang-undang yang melindungi Hakcipta di Malaysia.Undang-Undang ini adalah diperuntukkan dalam Akta Hakcipta 1987 yang mana telah ditandatangani oleh Yang Di-Pertuan Agong pada 30 April 1987 dan mula dikuatkuasakan pada tahun itu juga.Namun,apa yang telah berlaku ialah ekoran daripada perkembangan penggunaan dan permbangunan teknologi,Akta ini telah dipinda untuk memasukkan beberapa peruntukan yang baru dan memansuhkan mana-mana peruntukan yang dikira sudah tidak relevan untuk digunakan.Akta ini telah digantikan dengan Akta Hakcipta (Pindaan) 1997.


Malaysia adalah merupakan salah satu negara yang menyertai Konvensyen Berne. Objektif negara kita menyertai Konvensyen ini adalah bertujuan untuk menikmati perlindungan pada taraf yang sama pada mana-mana negara yang menyertai Konvensyen ini. Walau bagaimanapun, karya dari negara yang tidak menyertai Konvensyen Berne juga berhak mendapat perlindungan sekiranya karya itu mulanya diterbitkan di Malaysia ataupun pada mulanya diterbitkan ditempat lain tetapi diterbitkan juga di Malaysia dalam masa tiga puluh hari penerbitannya di tempat lain itu.

Jenis-jenis karya yang dilindungi oleh Akta ini ialah:

1. Karya sastera

2. Karya muzik

3. Karya seni

4. Filem

5. Rakaman bunyi

6. Siaran


Dalam keadaan bagaimanakah isu-isu berkaitan Hakcipta boleh wujud?

Isu berkenaan dengan Hakcipta ini sebenarnya adalah boleh wujud dalam pelbagai bentuk dan keadaan.Menurut buku 'Computer Law' hasil tulisan Chriss Reed dan John Angel telah memberikan beberapa keadaan yang mana isu-isi Hakcipta ini boleh wujud.Antaranya ialah dari segi Hasil Kerja,Rakaman,Keaslian dan juga Kelayakan.

Disini akan diterangkan secara amnya mengenai apakah yang dimaksudkan dengan isu-isu yang boleh di diperkatakan dengan keempat-empat cara isu berkenaan Hakcipta itu boleh mujud.Banyak hasil kerja ataupun produk karya seseorang yang dilindungi oleh Undang-Undang Hakcipta namun sebenarnya tidak dikategikan sebagai tertakluk kepada mana-mana jenis Hakcipta yang khusus dan jelas.Dalam pada itu,perlulah kita melihat dengan lebih teliti mengenai jenis-jenis Hakcipta menerusi penjelasan yang akan dibuat dibawah.Sebelum itu,untuk pengetahuan dan tujuan pembelajaran,Undang-Undang yang dirujuk untuk menterjemahkan apakah itu Hakcipta dalam konteks perbincangan ini adalah Undang-Undang United Kingdom iaitu Copyright Designs and Patents Act 1988 (CDPA 1988) kerana Malaysia adalah menggunakan sumber Undang-Undang yang sama iaitu common law.Perbincangan mengenai kedudukan Undang-Undang Hakcipta akan dibincangkan juga iaitu melalui peruntukan dalam Akta Hakcipta 1987.


Seterusnya ialah kita akan melihat kepada peruntukan perundangan mengenai Hakcipta yang telah diperuntukkan dalam Akta Hakcipta 1987.Apakah tanggunggan mengenai pelanggaran Hakcipta di Malaysia?

Dibawah Akta Hakcipta 1987,seseorang akan bertanggunggan terhadap perlanggaran Hakcipta sekiranya seseorang itu telah menyalahgunakan hak eksklusif terhadap sesuatu karya ataupun produk asli pada mana-mana tuanpunya karya ataupun produk tersebut.Sebahagian daripada hak-hak yang diperuntukkan adalah bertujuan untuk mengelakkan mana-mana pihak daripada membuat salinan ataupun menyiarkan karya kepada orang ramai serta mengedarkan hasil kerja ataupun mana-mana karya tersebut.

Apabila kita membincangkan mengenai isu Hakcipta di internet ini,pihak yang sering dikaitkan adalah tidak boleh dipisahkan ialah merupakan Internet Service Provider (ISPs) ataupun pihak Penyedia Perkhidmatan Internet.Terdapat tiga kategori yang diklasifikasikan yang mana pihak ISPs akan bertanggunggan iaitu :

1. Tanggunggan langsung
2. Tanggunggan beralih
3. Tanggunggan sumbangan

Tanggunggan langsung adalah sebenarnya sukar untuk diletakkan tanggunggannya terhadap ISPs kerana untuk dalam tanggunggan ini,adalah perlu dibuktikan bahawa pihak ISPs telah secara lansung dan terusnya melakukan pelanggaran terhadap Hakcipta kepada mana-mana pihak.Dalam kes Sega Enerprise v Maphia ,mahkamah telah memutuskan bahawa pihak ISPs adalah tidak bertanggunggan terhadap artikel dan mesej yang telah disebarkan melalui laman web pengguna perkhidmatannya kerana penyebarannya adalah tidak melibatkan tapisan oleh pihak ISPs malahan ianya akan dimuat naik dan disiarkan secara automatic sebaik sahaja pengguna perkhidmatan defendan melakukan aktiviti muat naik tesebut.Jadi,tanggunggan secara langsung dalam kes ini adalah tidak berjaya dibuktikan.

Walaupun begitu,menurut BitLaw,ISPs boleh disabitkan tanggunggan terhadap pelanggaran Hakcipta apabila mereka tidak melakukan pelanggaran secara terus dalam menyalin ataupun menyebarkan mana-mana karya ataupun produk yang dilindungi dan dikawal.Contohnya ialah,ISPs akan bertanggungan kerana menyediakan mana-mana peralatan ataupun gajet seperti peroperasian computer ataupun sebagai penyedia yang berupaya untuk membuat salinan tanpa melibatkan mana-mana individu.Tetapi isu yang timbul disini adalah samada ISPs bertanggungan terhadap pelanggaran Hakcipta yang dilakukan oleh peralatan tersebut?
Pihak ISPs mestilah menyedari mengenai teori dibawah Akta Hakcipta 1987 yang mana juga memperuntukkan mengenai tanggunggan beralih kepada pihak ISPs.Dibawah tangguggan ini,ISP boleh disabitkan tanggunggan terhadap pelanggaran walaupun mereka sebenarnya tidak terlibat secara langsung kepada pelanggaran Hakcipta tersebut.

Selain itu,dibawah konsep tanggunggan sumbangan pula,pihak ISPs boleh disabitkan kesalahan sekiranya mereka adalah merupakan penyebaba dan pendorong kepada mana-mana perlanggaran yang dilakukan.Sebagai contohnya ialah,sekiranya pihak ISPs mempunyai pengetahuan mengenai perlanggaran yang telah dibuat namun tidak melakukan apa-apa tindakan untuk menyekat atau menghentikan perlanggaran tersebut daripada berlaku,mereka dalam hal ini akan disabitkan dengan kesalahan dibawah tanggunggan sumbangan.

Dalam kata lainya,apa yang dapat diperkatakan ialah untuk meletakkan tanggunggan kepada pihak ISPs mengenai isu pelanggaran Hakcipta ini,perlulah dipastikan bahawa sekiranya pihak ISPs tidak terlibat secara langsung dalam melakukan perlanggaran tersebut,perlu dibuktikan bahawa mereka boleh bertanggungan sekiranya mengenai tentang pelanggaran yang telah dilakukan oleh pengguna perkhidmatan mereka.Pengetahuan tentang perlanggaran yang telah dilakukan adalah merupakan kata kunci untuk meletakkan tanggunggan kepada pihak ISPs.

1 comments:

azriaizat said...

xde org yg nak komen ke pasal teori hakcipta ni??xbest ke aku buat?

Post a Comment