Pages

Wednesday, March 31, 2010

Heboh Isu Hakcipta “Rasa Sayang Hey!”

Baru-baru ini heboh diperkatakan tentang bantahan rakyat Indonesia apabila kempen pelancongan Malaysia menggunakan lagu "Rasa Sayang Hey!" Mereka mendakwa lagu itu dicipta oleh rakyat Indonesia Sulawesi, maka oleh itu hakciptanya dimiliki oleh rakyat Indonesia.
kes ini menjadi isu apabila individu sebenar lagu ini tidak dapat dikesan maka ia dikatakan menjadi public domain atau hak awam. apabila status lagu ini menjadi public domain maka lagu ini bebas digunakan oleh sesiapa sahaja tanpa sebarang izin. Sila klik sini untuk selanjutnya.

Hak cipta adalah hak eksklusif pencipta asal atau pemegang hak cipta tersebut sepeti yang dinyatakan dalam seksyen 13 AH 87. Pada asasnya, hak cipta merupakan hak ekslusif ke atas pemiliknya. Hak cipta menghalang seseorang daripada sebarang penyalinan semula karya kerja pemilik asal tersebut. Hak cipta berlaku pada berbagai jenis karya seni atau karya cipta atau "ciptaan". Ciptaan tersebut merangkumi puisi , karya-karya sastera, karya-karya musik seperti lagu, rakaman suara,karya-karya artistik seperti foto, patung, hasil kerja seni dan lain-lain. Peruntukan yang mengawal hak cipta ini tertera di dalam seksyen 7 AH 1987.
Bagi mendapatkan kelayakan hak cipta ,elemen-elemen perlindungan sekyen 7(3) AH 87 perlu dipenuhi seperti keaslian, karya yang ditulis atau direkodkan itu mesti dijadikan dalamseksyen 7 oleh seseorang yang berkelayakan. bentuk bahan. karya-karya ini juga hendaklak termaktub mengikut

Kelayakan pula mesti dari seseorang yang berasal dan penduduk tetap di Malaysia serta menepati maksud seksyen 10(1) (a)(b) AH 87.
dalam tuntutan hak cipta biasanya melibatkan tempoh perlindungan yang mana seksyen 17 (1) menerangkan bahawa tempoh hak cipta wujud semasa hayat pencipta dan lima puluh tahun selepas kematiannya. Manakala seksyen 17 (2) terpakai bagi karya sastera, muzik atau seni (selain daripada fotograf) yang tidak pernah diterbitkan sebelum kematian penciptanya, hakcipta akan wujud sehingga lima puluh tahun dari permulaan tahun kalendar berikutan dengan tahun yang karya itu mula mula diterbitkan. Walaubagaimanapun, seksyen 17 subseksyen (1) hanya terpakai dengan syarat jika identiti pencipta telah diketahui,maka jangkamasa hakcipta bermula.

Berdasarkan isu kelayakan ini maka isu hakcipta "Rasa Sayang Hey" tidak mempunyai sebarang tempoh kelayakan kerana tempoh hanya diberikan setelah pemilik asal karya dikenalpasti dan menepati kalayakan seperti seksyen 17 AH 87.





Grand Brilliance Mula Tegas Soal Copyright di You Tube

Ini yang terjadi kepada video Anugerah Juara Lagu ke-24, yang mana video dimuat naik oleh peminat telah pun dituntut hak cipta oleh pihak Grand Brilliance. Kami tidak berniat untuk membantah hak Grand Brilliance, cuma fikirkan kebaikan Youtube kepada industri muzik tanah air. Lebih ramai penonton, lebih kuat pengaruh muzik kepada mereka. Lihat situasi yang terjadi kepada Zee Avi, beliau sudah popular! Hanya melalui Youtube.

Apa yang dapat diperhatikan di dalam kes di atas ialah isu hak cipta timbul sekali lagi. Adakah Grand Billiance berjaya membawa tuntutannya terhadap You Tube?

Sama ada video merupakan karya di bawah hak cipta?
:untuk lebih lanjut, merujuk kepada seksyen 3 Akta Hakcipta 1987(AH 87) mendefinisikan filem sebagai apa-apa rakaman bergambar yang bergerak, maka video adalah salah satu di bawah definisi ini. Justeru itu karya muzik,rakaman bunyi, filem dan siaran merupakan karya-karya yang berhak mendapat hak cipta tertakluk kepada seksyen 7 (AH 87).

Liabiliti:
Pelanggaran hak cipta boleh berlaku di bawah seksyen 36(1) AH 87, yang mana apabila ia boleh dikategorikan sebagai pelanggaran melalui pelaksanaan. Pelanggaran melalui pelaksanaan adalah seperti pihak YOU TUBE membenarkan sebarang pelanggaran ke atas bahan-bahan hak cipta di dalam laman webnya oleh pengguna awam.

Seseorang tanpa lesen tuan punya hakcipta itu (YOU TUBE) telah melakukan atau membenarkan mana-mana orang yang menggunakan perkhidmatan YOU TUBE serta menyebabkan seseorang itu melakukan satu perbuatan yang perlakuannya dikawal oleh hakcipta di bawah Akta ini. Maka bolehlah dikatakan bahawa YOU TUBE sebagai 'Internet Service Provider' (ISP) betanggungan di bawah isu hakcipta ini.

Jelas menunjukan bahawa ISP akan bertanggungjawab ke atas setiap pelanggaran hak cipta ini jika mereka terlibat secara tanggunggan sumbangan dalam aktiviti penyalinan bahan-bahan yang dilindungi. Contohnya, jika pembekal perkhidmatan ini mempunyai pengetahuan mengenai perlanggaran hak tersebut namun tiada sebarang langkah lanjut diambil untuk menyekat aktiviti ini, malahan pihak mereka memperolehi keuntungan daripada perlanggaran tersebut. Dalam situasi ini, YOU TUBE yang dianggap sebagai ISP berkenaan bertanggunggan walaupun tidak terlibat secara langsung dalam penyalinan semula video juara lagu tersebut.

Bagi mereka yang gemar memuat naik video lagu ini juga boleh dikenakan tindakan di bawah seksyen 36(1) AH 87 kerana video-video ini adalah milik eksklusif pihak Grand Billion dan You Tube boleh didakwa kerana ianya dikatakan memperolehi keuntungan daripada aktiviti perlanggaran yang dibuat walaupun pihak YOU TUBE tidak terlibat secara langsung.

http://www.ohbulan.com/grand-brilliance-mula-tegas-soal-copyright-video-di-youtube/

2 comments:

Anonymous said...

sy bukan budak law, tp sy kurg phm la psl copyright2 thing ni...contoh la, youtube kan..sape yang akan liable klu ade pihak2 yg masukkan let say, video clip lagu artis...ape tindakan yg pihak artis blh ammbil ke atas youtube eh?? thanks..

Umira Mohd Noor said...

you tube dikira sebagai ISP, maka tindakan boleh dikenakan kerana kita mempunyai peruntukan dalam Akta Hakcipta 1987 yang melindungi hak ekslusif pencipta karya tersebut. contohnya, apa-apa video yang dimuat naik dalam YOU TUBE merupakan filem yang ditafsirkan mengikut seksyen 3 akta ini yang mana filem adalah penetapan satu siri gambaran pandangan pada bahan yang bergerak.
contoh dalam kes Foo Loke Ying lwn Television Broadcast Ltd [1985], mahkamah memutuskan bahawa apa-apa yang dirakamkan dalam sesuatu bahan dan ditunjjukan dalam gambar bergera.Oleh sebab itu, gambar bergerak yang digabungkan dalam sesuatu karya multimedia boleh dikira sebagai filem yang layak mendapat perlindungan hak cipta. Bagi liabiti You Tube anda boleh rujuk kepada kes Viacom International Inc v YouTube Inc, yang mana sukar untuk dibuktikan bahawa tanggunggan terhadap ISP disebabkan elemen penting yang perlu dibuktikan bahawa pihak ISP adalah secara langsung menyumbang kepada penyalinan semula hak cipta tersebut dan pengedarannya.
dari segi teori tindakan boleh dikenakan namun dari segi pengaplikasian undang-undang adalah kurang kerana bukti-bukti sukar dibuktikan dengan jelas

Post a Comment