Pages

Wednesday, March 31, 2010

Penerbitan Bahan Lucah.

http://www.qkport.com/?&mpg=1&where=web&query=Gambar+Bogel+Siti+Nurhaliza


Menurut Kanun Keseksaan, adalah tidak menjadi kesalahan bagi sesiapa memiliki barang lucah melainkan untuk tujuan menjual, menyewakan, membahagi-bahagikan, menunjukkan secara awam, atau dengan apa-apa cara mengedarkan, atau bagi maksud menjual, menyewakan, membahagi-bahagikan, menunjukkan secara awam atau mengedarkan, membuat, mengeluarkan atau ada dalam miliknya apa-apa buku, risalah kertas, rajah, lukisan, gambaran atau patung yang lucah atau apa-apa jua benda yang lucah. jelas daripada peruntukan melakukan perbuatan mengedarkan dan sebagainya tetapi tidak kepada penerima. Dalam erti kata lain, pelayar internet boleh melayari dan memuat turun bahan-bahan lucah tanpa bersalah di bawah Kanun Keseksaan. 


Menurut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998:


Biasa pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan atau orang lain yang mneggunakan perkhidmatan aplikasi kandungan boleh memberikan kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau menggangu mana-mana orang. 


Elemen-elemen penting daripada peruntukan ini ialah:


(a) Pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan atau pengguna perkhidmatan aplikasi kandungan tidak boleh memberikan kandungan sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya. 


(b) Niat penghantar untuk mengacau, mendera, mengugut atau menganggu mana-mana orang.


Oleh hak yang demikian, kesalahan hanya yang menghantar kandungan jelik berserta niat tetapi sekiranya hanya untuk keseronokan, ia bukan satu kesalahan. Hukuman bagi kesalahan seksyen 211 (i) Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 adalah di bawah seksyen 211 (ii) Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 iaitu: 


seseorang yang melanggar sub(i) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM 50000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh di denda selanjutnya RM 1000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan. 

0 comments:

Post a Comment