Apa yang dapat diperhatikan di dalam kes di atas ialah isu hak cipta timbul sekali lagi. Adakah Grand Billiance berjaya membawa tuntutannya terhadap You Tube?
Sama ada video merupakan karya di bawah hak cipta?
:untuk lebih lanjut, merujuk kepada seksyen 3 Akta Hakcipta 1987(AH 87) mendefinisikan filem sebagai apa-apa rakaman bergambar yang bergerak, maka video adalah salah satu di bawah definisi ini. Justeru itu karya muzik,rakaman bunyi, filem dan siaran merupakan karya-karya yang berhak mendapat hak cipta tertakluk kepada seksyen 7 (AH 87)
Liabiliti:
Pelanggaran hak cipta boleh berlaku di bawah seksyen 36(1) AH 87, yang mana apabila ia boleh dikategorikan sebagai pelanggaran melalui pelaksanaan. Pelanggaran melalui pelaksanaan adalah seperti pihak YOU TUBE membenarkan sebarang pelanggaran ke atas bahan-bahan hak cipta di dalam laman webnya oleh pengguna awam.Seseorang tanpa lesen tuan punya hakcipta itu ( YOU TUBE) telah melakukan atau membenarkan mana-mana orang yang menggunakan perkhidmatan YOU TUBE serta menyebabkan seseorang itu melakukan satu perbuatan yang perlakuannya dikawal oleh hakcipta di bawah Akta ini. Maka bolehlah dikatakan bahawa YOU TUBE sebagai 'Internet Service Provider' betanggungan di bawah isu hakcipta ini.
Bagi mereka yang gemar memuat naik video lagu ini juga boleh dikenakan tindakan di bawah seksyen 36(1) AH 87 kerana video-video ini adalah milik eksklusif pihak Grand Billion.
http://www.ohbulan.com/grand-brilliance-mula-tegas-soal-copyright-video-di-youtube/
1 comments:
Daripada mana sumber maklumat perlu diletakkan..dalam bentuk pautan lebih baik (jika ada)
Post a Comment