Pages

Monday, March 29, 2010

Grand Brilliance Mula Tegas Soal Copyright di You Tube

Ini yang terjadi kepada video Anugerah Juara Lagu ke-24, yang mana  video  dimuat naik oleh peminat telah pun dituntut hak cipta oleh pihak Grand Brilliance. Kami tidak berniat untuk membantah hak Grand Brilliance, cuma fikirkan kebaikan Youtube kepada industri muzik tanah air. Lebih ramai penonton, lebih kuat pengaruh muzik kepada mereka. Lihat situasi yang terjadi kepada Zee Avi, beliau sudah popular! Hanya melalui Youtube.

Apa yang dapat diperhatikan di dalam kes di atas ialah isu hak cipta timbul sekali lagi. Adakah Grand Billiance berjaya membawa tuntutannya terhadap You Tube?

Sama ada video merupakan karya di bawah hak cipta?
:untuk lebih lanjut, merujuk kepada seksyen 3 Akta Hakcipta 1987(AH 87) mendefinisikan filem sebagai apa-apa rakaman bergambar yang bergerak, maka video adalah salah satu di bawah definisi ini. Justeru itu karya muzik,rakaman bunyi, filem dan siaran merupakan karya-karya yang berhak mendapat hak cipta tertakluk kepada seksyen 7 (AH 87)

Liabiliti:
Pelanggaran hak cipta boleh berlaku di bawah seksyen 36(1) AH 87, yang mana apabila ia boleh dikategorikan sebagai pelanggaran melalui pelaksanaan. Pelanggaran melalui pelaksanaan adalah seperti pihak YOU TUBE membenarkan sebarang pelanggaran ke atas  bahan-bahan hak cipta  di dalam laman webnya oleh pengguna awam.
Seseorang tanpa lesen tuan punya hakcipta itu ( YOU TUBE) telah melakukan atau membenarkan mana-mana orang  yang menggunakan perkhidmatan YOU TUBE serta  menyebabkan seseorang itu melakukan satu perbuatan yang perlakuannya dikawal oleh hakcipta di bawah Akta ini. Maka bolehlah dikatakan bahawa YOU TUBE sebagai 'Internet Service Provider' betanggungan di bawah isu hakcipta ini.

 Bagi mereka yang gemar memuat naik video lagu ini juga boleh dikenakan tindakan di bawah seksyen 36(1) AH 87 kerana video-video ini adalah milik eksklusif pihak Grand Billion.


http://www.ohbulan.com/grand-brilliance-mula-tegas-soal-copyright-video-di-youtube/

1 comments:

Nazura A.M said...

Daripada mana sumber maklumat perlu diletakkan..dalam bentuk pautan lebih baik (jika ada)

Post a Comment