Pages

Wednesday, March 31, 2010

Penipuan Laman Web


Melalui laman web yang dipaparkan ini, secara jelas menunjukkan bahawa pihak yang membuat laman web ini adalah bukan syarikat sebenar yang menawarkan keahlian Master Card itu sendiri. Di dalam laman web ini, pihak terlibat ada menyatakan bahawa 'PERHATIAN : PIHAK KKC serta KANDUNGAN yang terdapat di dalam buku elektronik kami adalah di bawah pentadbiran HANZ GOLD MANAGEMENT dan tiada kena mengena langsung dengan mana² syarikat lain.'


Isu yang terlibat dalam kes ini adalah berkaitan penipuan. Dalam jenayah tipu atau fraud ini, penjenayah menggunakan kenyataan palsu atau salah nyataan untuk memujuk atau memperdayakan mangsa agar menyerahkan sebarang harta atau apa-apa cagaran berharga secara sukarela. Kesalahan tipu ini telah diperuntukkan di bawah Seksyen 415 Kanun Keseksaan yang untuk mensabitkan seseorang dengan jenayah tipu, pihak pendakwa raya perlulah membuktikan perkara-perkara berikut tanpa keraguan yang munasabah, iaitu;

(1) Mens Rea sama ada secara fraud atau secara curangnya memperdaya mangsa menyerahkan apa-apa harta kepada seseorang atau memperdayakan mangsa merelakan untuk menyimpan hartanya;

(2) Mens Rea iaitu dengan sengaja atau berniat memperdayakan mangsa dengan mendorongnya membuat atau meninggalkan untuk membuat apa-apa yang menyebabkan atau mungkin menyebabkan kerosakan atau mudarat kepada badan, ingatan, reputasi atau harta mangsa.


Namun begitu, dalam peruntukkan yang yang dinyatakan dalam Seksyen 415 ini, ia telah menyatakan mengenai istilah 'mendorong orang'. Perkataan ini jika dirujuk pada Seksyen 11 Kanun Keseksaan telah merujuk istilah tersebut kepada orang, syarikat, persatuan atau sekumpulan orang dan bukannya merujuk kepada mesin seperti komputer di dalam kes ini.


Namun, dalam kes yang melibatkan penipuan menggunakan komputer peruntukkan sedia ada ini mungkin agak kabur atau sukar untuk aplikasikan. Kini, skim-skim penipuan kerap dan biasa dilakukan di alam siber melalui komputer. Banyak 'fraud melalui talian terus' yang dikenal pasti seperti lelongan, jualan-jualan dagangan umum, peralatan kelengkapan komputer atau perisian komputer, perkhidmatan internet, tawaran kad kredit dan sebagainya.


Menurut kes dibincangkan di sini, daripada skim penawaran kad kredit ini, Hanz Gold Manangement yang kononnya adalah sebuah syarikat yang menguruskan keahlian kad kredit Master Card telah menggunakan internet untuk memperdayakan mangsa dan menyampaikan kenyataan palsu yang dipindahkan melalui satu laman web mahupun menghantar e-mel kepada mangsa yang berpotensi.


Namun begitu, perdayaan yang dibuat secara tidak langsung seperti menggunakan komputer atau internet tidak dinyatakan secara jelas oleh kanun. Sungguhpun wujudnya mangsa yang terpedaya, namun adalah sukar untuk mengenalpasti atau menentukan setakat manakah perdayaan yang dilakukan oleh pihak yang memperdaya kepada mangsa yang terpedaya. Merujuk kepada kes Pendakwa Raya v Aman Shah bin Ahmad, penipuan kes ini berlaku dalam erti kata beliau telah memperdayakan komputer dengan mengambil sejumlah wang kepunyaan bank tempat beliau bekerja dan memindahkannya ke akaun kepunyaannya sendiri. Orang yang dituduh ini telah didakwa bawah peruntukkan Seksyen 408 Kanun Keseksaan, bukan bawah seksyen jenayah penipuan memandangkan elemen perdayaan tidak berlaku kepada mangsa, sebaliknya komputer yang diperdayakan adalah sesuatu yang sukar untuk membuktikan bahawa komputer telah terpedaya, walaupun transaksi penipuan telah wujud berlaku menggunakan komputer untuk memalsukan akaun dan sebagainya.


Kesimpulannya, pada pandangan sebagai seorang manusia biasa, pihak yang mereka laman web yang mempunyai mens rea ini untuk mewujudkan elemen fraud dan salahnyataan pada pihak yang berpotensi untuk ditipu adalah orang yang bertanggungan di atas kesalahan tersebut bagi kepentingannya sendiri. Namun begitu, atas kelompongan undang-undang itu sendiri yang tidak memandang jauh kesan jangka panjangnya pihak yang seharusnya bertanggungjawab di atas kesalahan tersebut adalah terlepas dari liabiliti tersebut.

3 comments:

ira nadhirah ismail said...

selain dari kes aman shah adakah kes kes lain yang terikini berkaitan penipuan seperti ini?btw good effort :)

ira nadhirah ismail said...

selain dari kes aman shah adakah kes kes lain yang terikini berkaitan penipuan seperti ini?btw good effort :)

Cyber Law student 2010 said...

kepada cik ira ndhirah..sememangnya byk kes..tetapi kebanyakannya adalah kes yg tdk dilaporkan dan bukti untuk dibawa ke mahkamah adalah tidak mencukupi kerana kelompongan di dalam undang-undang itu sendiri

Post a Comment