Pages

Wednesday, March 31, 2010

Kes-Kes yang Releven Berkaitan Dengan Isu Hakcipta



Seperti yang telah diterangkan pada post yang terdahulu mengenai ‘Apakah itu Hakcipta’.Disini pula sebenarnya akan diterangkan mengenai bagaimanakah undang-undang berkenaan hak cipta ini ditimbulkan dan dijelaskan oleh mahkamah dalam beberapa kes terdahulu.Seringkali dilihat bahawa isy Hakcipta yang melibatkan internet ataupun mana-mana laman web dan blogs adalah bersangkutan dengan pihak Internet Service Provider( ISPs) ataupun Penyedia Perkhidmatan Internet.Contoh pihak ISP yang sering dihebahkan adalah seperi blogspot,google dan jaring network serta banyak lagi sebenarnya.Antara kes yang ingin dikongsikan disini ialah :
p/s selamat membaca semua!!

~Playboy Enterprise v Frena
Dalam kes ini apa yang telah berlaku ialah defendan adalah merupakan sebuah Syarikat Perkhidmatan Berita Semasa (BBS) telah menyebarkan pada papan berita mengenai salinan gambar yang dimiliki oleh Playboy.Dalam kes ini mahkamah telah memutuskan bahawa pihak defenden iaitu BBS adalah bertanggungan terhadap kesalahan dibawah Hakcipta kerana telah menyalahgunakan hak untuk menyebarkan dan mengedarkan gambar tersebut walaupun dalam hal ini pihak defendan adalah tidak membuat apa-apa salinan terhadap gambar tersebut dan dalam fakta kes ada menyatakan bahawa sebenarnya pihak defendan tidak pun mengetahui tentang kewujudan gambit tersebut.Perkara penting yang telah disumpulkan oleh mahkamah dalam kes ini ialah,defendan adalah bersalahan kerana telah menyiarkan gambar tersebut yang mana akan menyebabkan banyak pihak termasuk orang ramai akan mendapatkan salinan gambit tersebut dan akan di sebarkan dengan lebih meluas.Kes ini juga sebenarnya adalah amat berkaitan dalam menentukan tanggungan ISPs dan juga BBS dalam kes ini.


~Religious Technology Centre v Netcom On-Line Communication Services Inc
Kes ini perlu dibezakan dengan kes Playboy Enterprise v Frena kerana dalam kes ini mahkamah telah menolak untuk menggunakan prinsip yang telah diputuskan oleh mahkamah terdahulu.Dalam kes ini wakil daripada plantiff yang merupakan pihak gereja telah mengambil tindakan terhadap defendan yang telah dikatakan menyebarkan satu salinan hasil karya yenag telah dibuat oleh L Ron Hubbard ke dalam satu akhbar.Defendan dalam hal ini adalah merupakan syarikat ISPs kepada laman web akhbar tersebut.Dalam penghakimannya,mahkamah telah memutuskan bahawa pihak defendan adalah tidak bertanggungan kerana pihak defendan bukan lah merupakan satu-satunya pihak yang telah menyebabkan belakunya penyebaran hasil karya tersebut sebaliknya ialah pihak akhbar tersebut.Mahkamah telah melihat kepada prinsip yang telah diputuskan didalam kes ALS Scan,Inc v Remarq Communities dan juga kes Harlan Elisson v AOL.Mahkamah telah juga menambah bahawa sekiranya Netcom mempunyai pengetahuan mengenai pelanggaran Hakcipta tersebut dan telah gagal mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan daripada karya tersebut disebarkan,barulah syarikat Netcom ini akan turut bertanggungan terhadap pelanggaran Hakcipta.



~Gershwin Publishing Corp v Columbia Artist Management Inc
Mahkamah dalam kes ini telah memformulakan faktor yang perlu diambil kira dalam menentukan bahawa defendan adalah bertangunggan ataupun tidak dibawah prinsip tanggungan beralih.Pertamanya ialah defendan perlulah mengetahui tentang adanya pelanggaran dan keduanya ialah defendan mestilah telah melakukan ataupun mendorong pihak ketiga untuk melakukan kesalahan pelanggran Hakcipta tersebut

~
Kazaa BV v Vereniging Buma & Stiching Sterma Amsterdam Court of Appeal
Dalam penghakiman kes ini mahkamah telah memutuskan bahawa system perisian yang digunakan oleh Kazaz boleh digunakan untuk membuat pertukaran fail dan data kehakiman,dalam pada itu kesalahan pelanggran Hakcipta maklumat dan data tidak memerlukan campur tangan Kazaa itu sendiri.Oleh yang demikian,Kazaa tidak boleh disabitkan kesalahan sehinggankan dia dibuktikan telah menyebabkan perisian tersebut melakukan perkara yang telah dikatakan boleh menjurus kepada pelanggaran Hakcipta terhadap pertukaran data dan maklumat kehakiman tersebut.


~Viacom International Inc v YouTube Inc
Kes ini adalah merupakan antara kes-kes yang menarik untuk dilihat dan dikaji dimana fakta kes yang telah berlaku ialah pada awal tahun 1997,pihak plantif iaitu Viacom telah menyedari bahawa ramai ahli peminat SpongeBob di serata dunia telah memuat naik bebarapa siri dan juga episode video kartun terkenal tersebut melalui YouTube.Dalam pada itu,setelah terdapat pelbagai khabar angin yang telah disebarkan oleh peminat SpongBob,Viacom telah melakukan satu siri rundingan bersama defendan untuk menberikan hak ekslusif kepada Viacom untuk menentukan siri dan episode yang boleh dimuat naik di YouTube.Namun siri rundinagn tersebut telah gagal dipatuhi oleh YouTube.Dalam hal ini SpongeBob telah menfailkan saman terhadap YouTube bernilai 1 bilion Dollar.Setelah diteliti kes ini,mahkamah memutuskan bahawa Youtube adalah tidak bertanggunagan oleh tanggungan terhadap pelanggaran Hakcipta menngikut prinsip yang digunapakai dalam kes Religious Technology Centre v Netcom On-Line Communication Services Inc dan juga Gershwin Publishing Corp v Columbia Artist Management Inc.

English Premier League v YouTube
Dalam kes ini,apa yang telah berlaku ialah pihak defendan telah menghujahkan bahawa pihak Premier League telah gagal untuk mendaftarkan hak mereka dibawah perlindungan Hakcipta,dan hal ini telah menghalang Premier League daripada membuat tuntutan pampas an daripada Youtube(kini telah dimiliki oleh Google).Hakim dalam kes ini telah memmutuskan bahawa mana-mana syarikat asing seperti Premier League ini perlulah mendaftarkan barangan ataupun produk mereka untuk dilindungi oleh undang-undang Hakcipta US.Disebabkan kegagalan itu,pihak Youtube adalah juga tidak bertanggungan dalam kes ini terhadap isu pelanggaran Hakcipta.


Setelah melihat kepada kes-kes yang telah diputuskan diatas,saya berfikiran bahawa terdapat beberapa prinsip dan factor yang penting akan diambil kira oleh mahkamah dalam memutuskan kes yang berkaitan dengan isu pelanggaran hakcipta.Antara factor yang akan diambil kira ialah

1.Pihak perantara maklumat tersebut telah mendorong pengguna perkhidmatannya untuk melakukan pelanggran hakcipta terhadap mana-mana pihak.
2. Pihak perantara tersebut sebenarnya mempunyai pengetahuan tergadap pelanggran tersebut namun gagal untuk menyekat ataupun tidak melakukan langkah-langkah yang sepatutnya untuk menghalang pelanggaran tersebut.

14 comments:

miSz KuTiEy said...

ade jgk ke pasal kartun spongebob en.azri ??haha..mcm lucu je kartun yang saman..hehe

azriaizat said...

yer cik zulaikha..ade2..dalam kes ni xbaik la buat mcm tu kt company spongebob..dah dikira langgar hakcipta tau..baca la kes tu dengan btol2.awk minat spongebob ke?

Anonymous said...

tp kenapa youtube x besalah??kata dah langgar copyright??

azriaizat said...

mahkamah telah memutuskan kes tersebut adalah mengikut prisip yang telah di formulakan dalam kes religious technology..

Anonymous said...

kes playboy tu sedap kalo dpt tgk gmbr yg disebarkan tu..hahaha3XX

azriaizat said...

tula..saya pon dok cari gmbr tu..tak jumpa la tapi..haha..sapa ni??kanapa xguna account untuk cmmen??guna anonymous jer..xbest la..

Anonymous said...

adela..ne leh gtau...haha3XX..

azriaizat said...

ALA..private n confidential la pulak..ni untuk belajar xpe..

Anonymous said...

nak tanye bro..sape yg akan liable klu pihak upload video2 kat youtube let say video clip lagu artis..ape pihak artis leh buat or amik tindakan kat youtube or pihak yg upload video tu?

Anonymous said...

nak tanye bro..sape yg akan liable klu pihak upload video2 kat youtube let say video clip lagu artis..ape pihak artis leh buat or amik tindakan kat youtube or pihak yg upload video tu?

Cyber Law student 2010 said...

Di dalam kes sebegini, kebiasaannya, pihak yotube juga boleh bertanggungan ke atas penyiaran dan aplikasi memuat turun oleh pengguna. Ini adalah kerana walaupun pihak youtube telah meletakkan pelbagai terma dan syarat namun yang demikian mereka tidak ambil langkah yang munasabah dalam mencegah dan menghalang penyiaran daripada pengguna. oleh itu youtube akan bertanggungan.

Anonymous said...

lerrr, playboy ada online website ke? apa link ha? nk tgk. ahahhaha

Cyber Law student 2010 said...

maaf, kami tidak memberi apa-apa link yang berkaitan dengan bahan-bahan lucah. sila rujuk entri bahan lucah.

azriaizat said...

YAALLAH..itu dah diluar batasan agama dan syariat islam..bertaubatlah..

Post a Comment