Pages

Tuesday, March 30, 2010

PENGHINAAN MAHKAMAH








Penghinaan mahkamah juga sering menjadi topik perbincangan di dalam blog-blog. Seperti yang kita sedia maklum, penghinaan mahkamah merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang di Malaysia. Justeru itu, di dalam blog ini, kami ingin membincangkan sejauh manakah seseorang, atau pun sesebuah organisasi mahu pun siapakah yang sepatutnya bertanggungan jika sesebuah blog itu terkandung unsur-unsur penghinaan mahkamah.
Sila klik sini untuk melihat contoh penghinaan mahkamah..
1.0 DEFINISI
Penghinaan mahkamah diambil dari perkataan Inggeris ' Contempt of Court'. Menurut laman sesawang wordnetweb, penghinaan mahkamah bermaksud ketidakpatuhan terhadap peraturan mahkamah.
Laman sesawang headinjury pula mendefinisikan penghinaan mahkamah sebagai apa-apa perbuatan untuk memalukan atau yang boleh mengganggu perjalanan keadilan mahkamah dimana boleh dikategorikan kepada dua iaitu penghinaan secara langsung dan penghinaan secara tidak langsung.
Penghinaan mahkamah boleh dibahagikan kepada kategori iaitu penghinaan jenayah dan juga penghinaan sivil. Penghinaan sivil berlaku apabila seseorang itu tidak mematuhi mahupun mengikut peraturan dan arahan di dalam mahkamah manakala peghinaan jenayah pula berlaku apabila seseorang itu melakukan sesuatu pernyataan mahu pun perbuatan yang boleh menimbulkan prejudis terhadap mahkamah semasa mahkamah masih lagi bersidang dimana boleh mengganggu pentadbiran kehakiman. Kedua-dua kategori penghinaan ini perlulah dibezakan. Ini kerana, bagi kesalahan peghinaan sivil, elemen niat bukanlah sesuatu yang penting manakala bagi penghinaan jenayah, elemen niat perlu dibuktikan dahulu sama seperti kesahalahan jenayah yang lain iaitu melangkaui keraguan yang munasabah.
2.0 JENIS-JENIS PENGHINAAN MAHKAMAH
1) Penerbitan yang prejudis kepada perbicaraan yang adil.
2) Penerbitan yang prejudis kepada prosiding sivil yang adil.
3) Penerbitan bahan-bahan yang mengganggu proses keadilan yang berterusan.
4) Penghinaan pada mahkamah sendiri.
Tindakan yang mengganggu tindakan undang-undang.

3.0 ELEMEN-ELEMEN DI DALAM PENGHINAAN MAHKAMAH
Terdapat dua elemen di bawah kesalahan penghinaan mahkamah ini iaitu
3.1 Elemen Gangguan
Elemen ini berlaku apabila terdapatnya kenyataan atau penerbitan yang membuat spekulasi awal sama ada bersalah atau tidak seseorang tertuduh itu walaupun mahkamah belum lagi mengeluarkan sebarang keputusan. Tambahan pula, ia juga dikatakan sebagai gangguan apabila terdapat juga kenyataan yang mendedahkan identiti si tertuduh sedangkan tertuduh yang sebenar masih lagi dalam siasatan dan masih lagi belum disahkan. Disamping itu juga, pendedahan mengenai kesalahan lampau si tertuduh atau membuat komen mengenai karakter si tertuduh juga boleh memenuhi elemen gangguan.
3.2 Elemen Prejudis
Pihak pendakwaan juga perlu membuktikan elemen yang kedua ini agar kes yang dibawa berjaya di mahkamah. Pihak pendakwaan perlu membuktikan wujudnya risiko sebenar di dalam kenyataan yang dilemparkan oleh sesetengah pihak. Risiko sebenar di sini bermaksud kebarangkalian sebenar bahawa sesuatu pernyataan yang dilemparkan itu boleh menyebabkan prejudis terhadap pentadbiran kehakiman. Segala apa yang diterbitkan mahu pun apa yang dinyatakan oleh seseorang itu mestilah boleh menimbulkan prejudis terhadap institusi kehakiman.

4.0 KOMEN
Melalui blog contoh yang telah dilinkan di atas, penulis blog telah melakukan peghinaan mahkamah dimana telah menyatakan komen beliau mengenai keputusan hakim di dalam kes Anwar dan Sukma iaitu
"Even though reading the appeal record, we find EVIDENCE TO CONFIRM that the appellants (Anwar dan Sukma) were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen sometime, this court, as a court of law, may only convict the appellants if the prosecution has successfully proved that the alleged offences as stated in the charge, beyond reasonable doubt".
Melalui keputusan yang dinyatakan oleh mahkamah di atas, penulis blog menyatakan ketidakpuasan hatinya mengenai keputusan yang diberikan oleh mahkamah. Beliau ingin menyifatkan bahawa keputusan yang diberikan oleh para hakim adalah diragui. Ini kerana dua orang daripada para hakim sememangnya bersetuju bahawa pihak perayu iaitu Anwar sememang telah meliwat Azizan, namun, disebabkan oleh alasan teknikal dan selok-belok undang-undang, Anwar dikatakan tidak bersalah. Penulis juga ada menyatakan bahawa selok belok undang-undang yang digunakan oleh kedua-dua hakim itu tadi tidaklah difahami oleh masyarakat biasa tambahan pula, media, hanya menerangkan secara jelas laporan berkenaan asas-asas penghakiman kedua-dua hakim tetapi tidak kepada laporan kehakiman bernas yang lain. Di akhir penulisannya juga, penulis membezakan kes liwat Anwar yang terdahulu dengan kes liwat Anwar yang terbaru iaitu melibatkan Saiful. Dimana penulis menyatakan bahawa kemungkinan Anwar juga boleh terlepas seperti kes yang terdahulu jika mahkamah sekali lagi menggunakan alasan yang sama seperti kes Anwar meliwat Azizan yang berbunyi :-
"Apakah pula akan dikatakan olehnya jika perbicaraan kes Anwar menghasilkan keputusan bahawa walaupun hakim percaya dia telah meliwat Saiful tetapi kerana selok-belok undang-undang dia didapati tidak bersalah".
Maka, disini kita dapat lihat bahawa penghinaan mahkamah telah berlaku dimana kedua-dua elemen yang dinyatakan diatas telah dipenuhi. Penulis di dalam blognya menunjukkan bahawa beliau meragui malah mengkritik keputusan yang diberikan oleh para hakim. Tambahan pula, segala apa yang diperkatakan oleh penulis boleh dibaca oleh para pelawat blognya. Justeru itu, secara tidak langsung, segala komen yang diberikan oleh penulis boleh menimbulkan prejudis terhadap para hakim sekaligus menimbulkan prejudis dan rasa tidak yakin masyarakat terhadap institusi kehakiman di negara kita. Ini dapat kita lihat di dalam kes AG of Malaysia v Manjeet Singh Dhillon [1991] 1 MLJ 167. Di dalam kes ini, Pihak AG berpendapat bahawa pihak responden telah membuat tuduhan yang menimbulkan skandal kepada mahkamah. Namun begitu, pihak responden berhujah bahawa dia melakukannya atas kapasiti 'Malaysian Bar' dan dia mempercayai bahawa kenyataan yang dikeluarkan adalah benar dan kritikan itu adalah adil. Namun begitu, mahkamah memutuskan pihak responden telah melakukan kesalahan penghinaan mahkamah kerana telah megkritik 'Lord President' di bawah seksyen 3 Akta Undang-Undang Sivil 1956 dimana apa-apa perbuatan atau penerbitan yang merendahkan hakim mahkamah adalah dikatakan melakukan penghinaan mahkamah. Merujuk kepada kes yang dinyatakan, penulis blog bolehlah dikatakan sebagai telah merendahkan kredibiliti hakim-hakim mahkamah dengan mengkritik keputusan hakim-hakim tersebut. Maka, penulis blog tersebut boleh bertanggungan atas kesalahan penghinaan mahkamah.
Sememangnya kita dapat lihat bahawa penulis blog boleh bertanggungan di atas kesalahan penghinaan mahkamah. Namun begitu, apa yang perlu kita lihat adalah adakah terdapat pihak yang lain yang boleh bertanggungan di atas kesalahan yang sama? Adakah ISP atau Internet Service Provider juga boleh bertanggungan?
ISP ialah penyedia perkhidmatan internet. ISP boleh menjadi ‘controller’, ‘carrier’, dan ‘distributer’. Maka seperti di dalam kes kita ini ISP di sini adalah blogspot. Untuk menentukan sama ada blogspot bertanggungan atau tidak, kita perlulah mengenal pasti sama ada ‘Blogspot’ mempunyai kawalan yang sepenuhnya ke atas apa yang terkandung di dalam blog setiap penggunanya. Isu ini boleh dirujuk di dalam kes Godfrey v Demon  dimana di dalam kes ini, Demon telah didakwa atas kesalahan fitnah di dalam perkhidmatan ruang diskusi yang disediakan. Mahkamah di dalam kes ini memutuskan bahawa oleh kerana Demon mempunyai kawalan untuk memadam,meminda atau membuang kandungan di dalam ruang diskusi yang terkandung unsur fitnah tersebut. Maka, Demon adalah bertanggungan. Seperti di dalam kes kita ini, adakah ‘Blogspot mempunyai kawalan untuk memadam, meminda atau menyimpan apa-apa yang terkandung di dalam blog setiap pengguna? Seperti yang kita sedia maklum, blogspot merupakan sebuah laman sesawang dimana seseorang penulis itu meluahkan pendapat mahu pun memberikan komen mengenai apa yang mereka ingin perkatakan. Dengan ini, dapatlah dikatakan bahawa penulis blog itu sendiri yang mempunyai kawalan ke atas apa yang diterbitkan begitu juga dengan pihak ‘Blogspot’. Tambahan pula, pihak ‘Blogspot’ telah meletakkan syarat-syarat untuk seseorang itu menulis di blogspot. Antaranya, pihak Blogspot telah menyatakan setiap orang berhak untuk bersuara. Namun, semua kebebasan yang diberikan tidak boleh melampaui apa yang telah disenaraikan. Contohnya seperti bahan-bahan lucah, pihak blogspot telah meletakkan amaran awal sebelum mengakses ke dalam mana-mana blog bahawasanya blog yang ingin dilayari itu terkandungnya bahan-bahan lucah. Dengan ini, dapatlah dikatakan bahawa pihak blogspot mempunyai kawalan tetapi pihak mereka telah meletakkan syarat-syarat kepada pengguna. Oleh yang demikian, apa yang terkandung di dalam blog pengguna itu adalah di bawah kawalan pengguna itu sendiri dan bukan di bawah blogspot. Maka apa yg terkandg dlm blog itu, pihak blogspot tidak akan bertanggunan.

Untuk contoh lain bagi penghinaan mahkamah di dalam blog.Sila klik sini






2 comments:

bocap said...

very much related to current situation. nice example

Cyber Law student 2010 said...

tq2..anythg to add pls inform me..=)

Post a Comment